Sunday, August 22, 2010

ASAS KERUKUNAN ISLAM

RUKUN ISLAM

1:MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH
"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya".
Dengan Shahadah, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah bahawa Tuhan yang Mana Esa itu adalah Allah s.w.t dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya.

2:SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM
Dengan sembahyang kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya.Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga dan fikiran terpusat dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Nabi SAW.

MENGELUARKAN ZAKAT
Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN
Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhkan laranganNya. Ini secara langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah swt

MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH
Dengan mengerjakan haji, kita meyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.




RUKUN IMAN
BERIMAN KEPADA ALLAH
Dengan Iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepadaNya. Secara positif kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan secara negatif kita menolak segala bentuk pemujaan selain Allah swt

BERIMAN KEPADA MALAIKAT-MALAIKAT
Dengan Iman, kita mempercayai adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah. Secara positif kita percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan oleh Allah. Secara negatif kita menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak dinyatakan oleh Allah.

BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB
Dengan beriman kepada kitab-kitab suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah yang memimpin manusia, yang diakhiri dengan kitab AL QURAN

BERIMAN KEPADA NABI DAN RASUL
Dengan beriman kepada nabi-nabi dan rasul-rasul, kita mempercayai adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberi petunjuk, yang diakhiri oleh Nabi Muhammad SAW

BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT
Dengan beriman,kita mempercayai bahawa disebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu disuatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di Syurga atupun di Neraka.

BERIMAN KEPADA QADA' DAN QADAR
Dengan beriman kepada Qada' dan Qadar, kita mempercayai bahawa disamping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaanNya

Saturday, February 27, 2010

SHAHADAH.....



Kesempurnaan Aqidah seorang muslim bergantung kepada sejauhmana ia dapat menyempurnakan rukun dan syarat-syarat Syahadah. Begitu juga aqidah yang telah sempurna itu boleh rosak apabila rukun dan syaratnya dilanggar.

Lafaz syahadah ialah :




Ertinya :
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah



Syahadah ini hendaklah dilafazkan dengan lidah dan ditasdiqkan (ingatkan dengan tetap) di dalam hati.


RUKUN SYAHADAH

Berikut adalah huraian mengenai rukun, syarat dan perkara-perkara yang boleh merosakkan aqidah.Menurut Ulama’ Usuluddin Rukun Syahadah ada 4, iaitu :


I :Menetapkan zat Allah.
II :Mengakui zat Allah iaitu sifat Allah adalah paling sempurna.
III:Menetapkan perbuatan Allah sebagai perbuatan Dia sahaja dan tidak sama dengan
perbuatan makhluk.
IV :Menetapkan dan meyakini bahawa agama yang dibawa Rasulullah sahaja yang benar.



SYARAT SYAHADAH


I :Mampu menyebut dan membacakan kalimah Shahadah ( diucapkan dengan lidah ).
II :Hendaklah meyakini dalam hati maksud syahadah iaitu meyakini hak-hak Allah dan
Rasul.
III:Jangan ada di dalamnya syak ( 70 – percaya, 30 – tidak percaya )
IV :Jangan ada di dalamnya zan ( 50 - percaya dan 50 tidak percaya )
V :Jangan ada waham ( 30 – percaya dan 70 lagi tidak percaya ).
VI :Beramal dengan apa yang diyakini, dan menolak segala sesuatu yang merosakkan
syahadah.



IMPLIKASI SYAHADAH YANG SEBENAR

Kesan Dunia – Memberi kebahagiaan sepanjang hidup dan tidak akan tersesat.
Kesan Akhirat – bawa syahadah bila bertemu Allah dan Allah akan bertanya kalimah tersebut di alam barzakh sehingga ke padang Mahsyar. Menentukan kebahagiaan kehidupan di akhirat.



10 PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH

I :Menyekutukan Allah
II :Bertawakal kepada makhluk (gantung nasib pada makhluk), Konsep sebenarnya
kepada Allah taala sahaja.
III :Mengkafirkan orang Islam yang telah nyata Islamnya. Dan tidak mengkufurkan
orang kafir yang telah nyata kufurnya.
V :Yakin dan percaya ideologi yang dibawa oleh manusia lebih baik daripada
sistem Islam.
V :Mencaci Nabi dan Sunnahnya.
VI :Hukum Allah menjadi sendaan dan gurauan.
VII :Menenung nasib dan bermain sihir.
VIII :Membantu orang kafir untuk merosakkan Islam
VIIII :Beranggapan bahawa keluar daripada Islam tidak apa-apa
X :Menolak sebahagian daripada Al-Quran dan menerima sebahagian Al-Quran.

Wednesday, February 10, 2010

dAlAm PeRcUbAaN

Ni laa first time aku wat blog.....nmpak senang tapi sesak gak la.....:)
SEMUA SUMBER INI ADALAH DARI LEMBAGA ZAKAT SELANGOR(LZS)