KEHIDUPAN
sO InGt La ALLAH....:)
Monday, September 3, 2018
Hack Dinding Sinki
Assalamualaikum Semua....
Kali ni nk update sikit..pd sape2 yg nk hack dinding sinki tu sy ade beberape tips & skill...
yg ni sinki nyer...korang kne buka sinki ni..tarik je kuat2..kalo ade skru buka dl skru nyer
sblm korang buka sinki ni..lpe nk bg tau..korang kne buka dl hose bwh sinki ni dl...tp kne ttp dl air nyer..nnt basah lantai plak
bermulalah proses potong marmar...tape tu utk wt ukuran..bg lurus skit...lps tu korek smpai jmpe paip....tp jgn sampai dalam korek nyer...takot tembus plak kt luar...ssh nnt..
ni la rupa nyer ble dh siap korek...lps tu korang bole la potong ikut ukuran yg ditetapkan...
mcm ni...kiraan dr lantai...lps tu potong paip...gam pvc tu...then tampal balik dengan simen...
mcm ni...kalo nk putih kena gune simen putih putih mcm ni...biar customer puas hati...hehehe
Wednesday, October 12, 2011
SuJuD sAhWi

Sahwi bermaksud lupa sesuatu. Pengertian dari segi syarak adalah terlupa sesuatu di dalam solat. Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan sebanyak dua kali setelah selesai bacaan Tahiyat akhir dan sebelum salam; ia dikerjakan untuk menutup kecacatan dalam pelaksanaan solat kerana terlupa, dan hukumnya adalah sunat.
Sebab-sebab sujud sahwi ada tiga:
i,kerana kelebihan,
ii,kerana kekurangan,
iii,kerana ragu-ragu.
Sujud Sahwi Kerana Kelebihan
Barangsiapa terlupa di dalam solatnya lalu tertambah rukuk, atau sujud, dan sebagainya, maka dia perlu sujud sahwi.
Sujud Sahwi Kerana Kekurangan
Barangsiapa, justeru terlupa, lalu meninggalkan salah satu sunat ab'adh, maka ia harus sujud sahwi sebelum salam. Misalnya, makmum terlupa tahiyyat awal dan hanya teringat setelah sempurna qiam (berdiri tegak), maka dia tidaklah perlu duduk kembali dan cukup baginya sujud sahwi. Namun, sekiranya dia teringat sebelum separuh bangkit untuk qiam, maka bolehlah dia kembali duduk dan menyempurnakan tahiyyat awal dan tidak perlu sujud sahwi.
Sujud Sahwi Kerana Ragu-ragu
Keragu-raguan di dalam solat adalah kerana tidak meyakini sama ada terlebih atau terkurang, umpamanya seseorang ragu sama ada dia di dalam rakaat ketiga atau keempat. Keraguan ada dua jenis:
Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal (waham, atau lebih 50% pasti), umpamanya dia lebih meyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan rakaat keempat, maka dia harus menurutkan mengambil sikap kepada yang lebih ia yakini, kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam.
Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal, dan tidak condong pada salah satunya (dzan, atau hanya 50-50 pasti), maka dia harus mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti akan kebenarannya, iaitu jumlah rakaat yang sedikit. Kemudian menutupi kekurangan tersebut, lalu sujud sahwi sebelum salam.

Subhaana man-laa yanaamu walaa yashuu
Ertinya: "Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa."
Hal-hal Penting Berkenaan Dengan Sujud Sahwi
1.Apabila seseorang meninggalkan salah satu rukun solat secara tidak sengaja, dan ia belum sampai pada rukun yang sama di rakaat berikutnya, maka ia wajib kembali kepada rukun yang tertinggal itu, dan kembali meneruskan solat dari situ. Sekiranya dia sudah berada pada rukun yang tertinggal itu pada rakaat berikutnya, maka rukun yang tertinggal itu dianggap terganti dengan rukun pada rakaat berikutnya itu. Pada kedua-dua hal ini, wajib dia melakukan sujud sahwi setelah salam atau sebelumnya.
2.Apabila sujud sahwi dilakukan setelah salam, maka harus pula melakukan salam sekali lagi.
3.Apabila seseorang yang melakukan solat meninggalkan sunat ab'adh secara sengaja, maka batallah solatnya.
a)Jika ketinggalan kerana lupa, kemudian dia ingat sebelum beranjak dari sunat ab'adh tersebut, maka hendaklah dia melaksanakannya dan tidak perlu sujud sahwi.
b)Jika ia teringat setelah melewatinya tapi belum sampai kepada rukun berikutnya, maka hendaklah dia kembali melaksanakan rukun tersebut, lalu sujud sahwi selepas salam.
c)Jika ia teringat setelah sampai kepada rukun yang berikutnya, maka sunat ab'adh itu gugur, dan dia tidak perlu kembali kepadanya untuk melakukannya, akan tetapi perlu sujud sahwi sebelum salam.
4.Sekiranya seseorang itu terlupa sujud sahwi dan teringat hanya selepas memberi salam maka bolehlah ia sujud sahwi, dengan syarat ingatan itu timbul dalam masa yang tidak begitu lama.
5.Sekiranya imam terlupa sujud sahwi, makmum bolehlah sujud sahwi setelah imam memberi salam.
Sunday, August 22, 2010
ASAS KERUKUNAN ISLAM
RUKUN ISLAM
1:MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH
"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya".
Dengan Shahadah, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah bahawa Tuhan yang Mana Esa itu adalah Allah s.w.t dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya.
2:SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM
Dengan sembahyang kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya.Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga dan fikiran terpusat dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Nabi SAW.
MENGELUARKAN ZAKAT
Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya
BERPUASA DI BULAN RAMADHAN
Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhkan laranganNya. Ini secara langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah swt
MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH
Dengan mengerjakan haji, kita meyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

RUKUN IMAN
BERIMAN KEPADA ALLAH
Dengan Iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepadaNya. Secara positif kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan secara negatif kita menolak segala bentuk pemujaan selain Allah swt
BERIMAN KEPADA MALAIKAT-MALAIKAT
Dengan Iman, kita mempercayai adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah. Secara positif kita percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan oleh Allah. Secara negatif kita menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak dinyatakan oleh Allah.
BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB
Dengan beriman kepada kitab-kitab suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah yang memimpin manusia, yang diakhiri dengan kitab AL QURAN
BERIMAN KEPADA NABI DAN RASUL
Dengan beriman kepada nabi-nabi dan rasul-rasul, kita mempercayai adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberi petunjuk, yang diakhiri oleh Nabi Muhammad SAW
BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT
Dengan beriman,kita mempercayai bahawa disebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu disuatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di Syurga atupun di Neraka.
BERIMAN KEPADA QADA' DAN QADAR
Dengan beriman kepada Qada' dan Qadar, kita mempercayai bahawa disamping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaanNya

Saturday, February 27, 2010
SHAHADAH.....

Kesempurnaan Aqidah seorang muslim bergantung kepada sejauhmana ia dapat menyempurnakan rukun dan syarat-syarat Syahadah. Begitu juga aqidah yang telah sempurna itu boleh rosak apabila rukun dan syaratnya dilanggar.
Lafaz syahadah ialah :

Ertinya :
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
Syahadah ini hendaklah dilafazkan dengan lidah dan ditasdiqkan (ingatkan dengan tetap) di dalam hati.
RUKUN SYAHADAH
Berikut adalah huraian mengenai rukun, syarat dan perkara-perkara yang boleh merosakkan aqidah.Menurut Ulama’ Usuluddin Rukun Syahadah ada 4, iaitu :
I :Menetapkan zat Allah.
II :Mengakui zat Allah iaitu sifat Allah adalah paling sempurna.
III:Menetapkan perbuatan Allah sebagai perbuatan Dia sahaja dan tidak sama dengan
perbuatan makhluk.
IV :Menetapkan dan meyakini bahawa agama yang dibawa Rasulullah sahaja yang benar.
SYARAT SYAHADAH
I :Mampu menyebut dan membacakan kalimah Shahadah ( diucapkan dengan lidah ).
II :Hendaklah meyakini dalam hati maksud syahadah iaitu meyakini hak-hak Allah dan
Rasul.
III:Jangan ada di dalamnya syak ( 70 – percaya, 30 – tidak percaya )
IV :Jangan ada di dalamnya zan ( 50 - percaya dan 50 tidak percaya )
V :Jangan ada waham ( 30 – percaya dan 70 lagi tidak percaya ).
VI :Beramal dengan apa yang diyakini, dan menolak segala sesuatu yang merosakkan
syahadah.
IMPLIKASI SYAHADAH YANG SEBENAR
Kesan Dunia – Memberi kebahagiaan sepanjang hidup dan tidak akan tersesat.
Kesan Akhirat – bawa syahadah bila bertemu Allah dan Allah akan bertanya kalimah tersebut di alam barzakh sehingga ke padang Mahsyar. Menentukan kebahagiaan kehidupan di akhirat.
10 PERKARA YANG MEMBATALKAN SYAHADAH
I :Menyekutukan Allah
II :Bertawakal kepada makhluk (gantung nasib pada makhluk), Konsep sebenarnya
kepada Allah taala sahaja.
III :Mengkafirkan orang Islam yang telah nyata Islamnya. Dan tidak mengkufurkan
orang kafir yang telah nyata kufurnya.
V :Yakin dan percaya ideologi yang dibawa oleh manusia lebih baik daripada
sistem Islam.
V :Mencaci Nabi dan Sunnahnya.
VI :Hukum Allah menjadi sendaan dan gurauan.
VII :Menenung nasib dan bermain sihir.
VIII :Membantu orang kafir untuk merosakkan Islam
VIIII :Beranggapan bahawa keluar daripada Islam tidak apa-apa
X :Menolak sebahagian daripada Al-Quran dan menerima sebahagian Al-Quran.
Wednesday, February 10, 2010
dAlAm PeRcUbAaN
Ni laa first time aku wat blog.....nmpak senang tapi sesak gak la.....:)
SEMUA SUMBER INI ADALAH DARI LEMBAGA ZAKAT SELANGOR(LZS)
SEMUA SUMBER INI ADALAH DARI LEMBAGA ZAKAT SELANGOR(LZS)
Subscribe to:
Posts (Atom)